Pages xxx

Friday, 4 March 2022

Camper Rally Ganu

Alhamdulillah, dapat juga turut sama memeriahkan Camper Rally Terengganu kali ini. 




















Kami berkumpul dan bermula di Kuala Ibai, berhampiran Masjid Terapung.

















Selepas itu kami berkonvoi ke Draw Bridge untuk majlis makan malam dan bermalam di sana.


























Pagi 5 Mac, aku bergerak ke Merang untuk program di Pantai Rhu 10. Dalam perjalanan, singgah makan di Seberang Takir dan berehat sekejap di Pantai Batu Rakit.







Kami hanya makan nasi je di atas wakaf tepi Pantai Rhu 10 Penarik. Lepas itu kami pulang ke Kuantan, sebab anak bongsu kami dan anak perempuan dah mula batuk². Untuk keselamatan kami sekeluarga, lebih baik kami balik. InsyaAllah di lain masa kami turut serta lagi. InsyaAllah.
Gambar di bawah ialah ahli grup yang masih memeriahkan CRG di Pantai Rhu 10.













Saturday, 19 February 2022

Pantai Teluk Ketapang

Malam tadi aku bertolak ke Terengganu dan sempat bermalam di tepi pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu. Angin perlahan je malam tadi dan tak ada lah sejuk sangat.












Singgah di rumah biras, Kg Kubang Panjang Kuala Terengganu.






Monday, 14 February 2022

Shah Alam, Sentul dan Rawang.

Dalam perjalanan ke Shah Alam dan Rawang untuk ziarah kawan dan anak murid masa mengajar di Rawang dulu. Sempat posing depan Majlis Bandaraya Shah Alam.














Sebelum ke Shah Alam, singgah di IJN untuk mengambil ubat anak bongsu yang sakit jantung.









Pagi 15hb Feb, aku ke Sentul menjemput abang ipar dan anak saudara di Flat Sri Kelantan untuk makan tengahari. Saja sesekali belanja kaum kerabat.






Malamnya pulak, bekas anak murid (Linda) dan anak²nya belanja makan western food aku dan Cikgu Mohd Isa (kini Pengetua SMK Kg Melayu Bt 16, Rawang).













Malam itu aku tidur di RnR Genting Sempah.









Sebelum balik Kuantan, aku ronda² di Berjaya Hill. Lawa tempatnya, tapi agak sunyi mungkin pertengahan minggu agaknya.

















Saturday, 12 February 2022

Telaga Simpul, Kemaman, Terengganu.

Alhamdulillah, hari ini dengan grup Family Camping membuang masa di sini. 😁😁😁...
































Pabila hampir senja.


























































Pagi ahad, ada geng memancing....












Lauk tengahari, ikan duri hasil pancing geng² FC.
















Inilah chief yang sentiasa senyum dan tak pernah jemu melayan kami geng CCP....Tqq Cik Ja dan Kak Za.....









Dan chief jemputan...isteri geng FC.....hehe...











Gudbai Teluk Simpul... insyaAllah panjang umur, kami singgah lagi....









Video geng Family Camping upload di YouTube.