Pages xxx

Friday, 26 August 2022

Mekap Motorhome aku

Dah 2, 3 hari aku godek² motorhome aku... mekap sikit bhgn dlm dn luar... kerusi janji dgn tauke lepas merdeka nak balut... kain dah beli dlm shopee.... 

sementara tu, aku buat la mana yang patut...












Yg bwh ni dah siap carbon.. tp belum psg lg... esok laa....





Gambar bwh ni bhgn pintu kabinet sebelum aku carbonkan.



Sunday, 21 August 2022

Pantai Sepat Lagi Best







Salam...

Alhamdulillah ...19 - 21 Ogos berkhemah di sini.... 3 mlm 2 hari... 2.mlm tu asik hujan je tp tak lebat... sejuk gila....





















Monday, 20 June 2022

Pasang sportrim baru

Alhamdulillah. Hari ini ke Shah Alam untuk pasang sport rim. Tapi tak boleh masuk rim 15 kerana sangkut. Bodi kena angkat atau lapik spring dan bahagian tepi tayar belakang kena potong (modified) sebab tayar terlalu tebal tak boleh masuk... jadi beli rim je dulu bawa balik Kuantan. Kita selesaikan masalah di sana....




















Sunday, 19 June 2022

Pantai Sepat

Malam tadi camping di sini bersama geng² Kuantan.










Thursday, 16 June 2022

Camper Rally Kelantan, Pantai Geting, Tumpat

Alhamdulillah, malam tadi aku dan sahabat Wan Solehuddin tidur di Pantai Penarik dalam perjalanan ke Pantai Geting.

Pekena ikan celup tepung di Penarik.










Lebih kurang pukul 10 pagi tadi aku sampai di Pantai Geting.











Pagi Jumaat ronda ke Pantai Sri Tujuh.





Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman Kubang Batang.




Friday, 10 June 2022

Silap Memahami Kedudukan Bateri

Alhamdulillah. 2,3 hari ni aku menggodek² wayar motorhome aku. Sangka ku wayar reput @ lama dan hampir putus. Rupanya yang menjadi segala masalah ialah bateri kondem. Selalunya sesebuah kenderaan menggunakan sebiji bateri untuk bahagian enjin, tetapi motorhome aku ni menggunakan 2 biji di bahagian enjin dan sebiji untuk kegunaan di bahagian belakang. Bila aku buka soket positive pada bahagian bateri yang 2 biji. Aku nak hidupkan enjin tak boleh. Baru lah aku perasan rupanya bahagian bateri itu untuk enjin. 





Aku pun test voltan bahagian bateri yang sebiji tu, memang bateri tu nyawa² ikan. 6 volt saja. Dah hampir setahun beli motorhome ni. Baru lah tahu pasal bateri ni. Nasib baik aku baru salin wayar 2,3 urat je.....

Tuesday, 7 June 2022

Masalah Wayar Lama

Pagi ni aku salin wayar lama, wayar positive pada pam air dalam motorhome. Pam air tu bila di on kan suisnya, air yang keluar jadi perlahan sangat, Wayar lampu pun bermasalah, esok aku siapkan bahagian lampu pulak. Aku tak tahu di bahagian mana wayar positive macam nak putus, jadi aku salin wayar positive baru je. Selesai masalah pam air yang perlahan hari ini. Alhamdulillah.