Pages xxx

Sunday, 27 November 2022

Pantai Beserah, Sebelah Swiss Garden Hotel.

Alhamdulillah, kami camping 3h/2m di sini. Sabtu hingga Isnin. Isnin adalah cuti umum yg diisytiharkan oleh PM10 baru, Dato Sri Anwar Ibrahim.








Ini tempat persendirian, tak dibuka pada orang ramai. Bawah ni gambar aktiviti kami hari pertama.
































Hari ini hari ke 2, 27hb Nov. Jalan dan berlari perlahan² sambil hirup udara segar di tepi pantai... damainya.. hebatnya bumi ALLAH.




























Wednesday, 9 November 2022

Tidur depan Masjid Negeri, Kuantan.

Alhamdulillah... malam tadi dapat tidur di sini...Cerah dan tak hujan. Sejuk suasana sini... Depan tu, Taman Kerang ada org berjual beli di carboot sale... Aku perasan dalam jam 2.00 pagi dah tak ada orang... dah tutup.








Malam tadi selepas Solat Isyak berjemaah, ada rezeki nasi minyak...Semoga dimurahkan rezeki pada yg bersedekah tu... best nasi dan lauknya.... Alhamdulillah....









Sunday, 6 November 2022

Sentiasa Pantai Sepat

Alhamdulillah, malam tadi aku tidur sorang di sini. Nyaman je, angin tak kuat. Ramai yang berkhemah di sini. Cuaca ok, tak hujan.

Pagi tadi aku balik ambik mem dan anak, makan tengahari di sini.

















Seronok sesekali dapat makan di sini. Memang enjoy. Jom ... len kali datang lagi. Hari nak hujan, kami balik awal.... 

Saturday, 8 October 2022

Pantai Sepat

Malam tadi ke Pantai Sepat. Kawan² Camper Crew Pahang berkumpul di sini. Cuti Maulidur Rasul. Isnin dapat cuti laa.























Hari ini, ahad ada sukan utk anak² ahli.





















Monday, 3 October 2022

Balut Dinding (part 1)

Alhamdulillah... minggu lepas siap balut sebahagian dinding, arini baru sempat nak ambil gambar dan upload dalam blog. Balut guna baki kain yang lebih balut kerusi aritu... Kena order kain baru untuk sebahagian dinding di tempat tidur bahagian atas. 






Sunday, 25 September 2022

Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu

23hb Sept baru² ni aku, isteri dan anakanda bongsu tidur di sini. Ditemani oleh sahabat Hj Morad serta isterinya join tidur sekali di sini. Anak²nya pun semua datang cuma tak tidur la. Meriah lah malam tu. Bersembang macam lama tak jumpa. Sudah 2 kali aku tidur di sini di temani Hj Morad. Dia pun minat camping.














Malam sabtu, rupanya ada perarakan kereta berhias, kereta wakil Daerah Dungun tu menang tempat ke 2, Kemaman tempat pertama. Mungkin pertandingan sempena bulan kemerdekaan dalam Negeri Terengganu. Aku tak pasti.





















Pagi sabtu kami bersarapan. Hj Morad belanja nasi minyak, nasi dagang, nasi kunyit dan kuih muih. Terima kasih lah sahabat, belanja makan. Moga murah rezeki..aminn..
Tengahari sabtu aku ke Bukit Kor, Marang Terengganu, tengok rumah kami yang baru nak buat pendawaian.
















Petang sabtu, kami ke rumah biras di Wakaf Mempelam. Ada bbq .. ayam panggang. Lupa plak nak ambik gambar sebab sedap sangat makan ayam.. hehe