Pages xxx

Monday, 27 March 2023

Tukar semua belt

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menukar semua belt di Saujana Putra.



















Dieka Auto Services

011-3999 3900

https://maps.app.goo.gl/tFj95NszhprT4iVy9

Bukan saja belt, minyak atf, penapis minyak diesel, Collant dan bearing tensioner juga aku tukar.



Sunday, 26 March 2023

4 Ramadhan 1444 H

Alhamdulillah, hari ni bermula Ronda² Tarawih 3.0 (yang ke tiga). Maksudnya tahun ke 3 aku bertarawih secara solo selama 2 minggu. Meronda ke masjid di sebahagian negeri.


















Selepas tarawih, sempat mengeteh di Shah Alam dengan sahabat lama.













Friday, 24 March 2023

2 dan 3 Ramadhan (Program Jelajah Ramadhan)

2 Ramadhan 1444 Hijrah.

Alhamdulillah, hari ini bermula program ini.










Masjid pertama ialah Masjid Taman Marida di Senawang. Ramai peserta yang terlibat.

Sebelum kami berkonvoi ke Masjid Taman Marida. Majlis perasmian disempurnakan di Bangunan Yayasan Negeri Sembilan oleh Dato Pengarah.











Antara beberapa gambar yang sempat saya ambil.
















Sekitar Majlis Iftar.














3 Ramadhan 1444 Hijrah


Bersahur ramai² di masjid. Aku nak ambik gambar tapi macam tak sesuai, muka baru bangun tidur, walaupun dah bangun awal kerana jam 3 pagi ada qiamulail.

AJK Masjid dan beberapa orang sahabat kariah meninjau dan melawat perkampungan motorhome dan campervan.











Lebih kurang jam 2.30pm, kami gerak ke Masjid Jame' Hj Abdullah Sijang, Port Dickson. Jauh dari Masjid Taman Marida lebih kurang 40km.


















Wednesday, 22 March 2023

1 Ramadhan (Masjid Negeri Kuantan)

Salam Ramadhan.





Alhamdulillah kerana aku masih diberikan umur yang panjang untuk melakukan ibadat puasa tahun ini. Malam pertama Ramadhan 1444 Hijrah, aku solat Tarawih di sini. Selepas solat maghrib sebelum Tarawih, ada sedikit rezeki untuk para jemaah yang bersolat di sini. 





Dapat lah mengisi perut sebelum Tarawih... 🤲🤲🤲.

Ramai jemaah malam pertama puasa ni. Rasa aku, jemaah yang ramai ini mungkin musafir dari luar atau pinggir bandar Kuantan. Ada seorang yang aku jumpa, dia tinggal di Perkampungan Chenderawasih, Bukit Setongkol....

Sunday, 19 March 2023

Pantai Kempadang, Kuantan.

Alhamdulillah.. pagi sabtu aku tidur dari selepas subuh hingga zohor kerana keletihan memandu dari KL ke Kuantan. Selepas asar, aku ke Pantai Kempadang untuk camping dengan geng CCP.


































































Camping bermula hari Jumaat, tapi aku boleh join hari Sabtu hingga Ahad je sebab Jumaat aku ke KL....