Pages xxx

Thursday, 6 April 2023

15 Ramadhan

Alhamdulillah, selepas subuh di Penarik, aku gerak ke Batu Rakit. Berehat tepi pantai sini pulak. 














Puas rehat, mendobi la pulak...








Lepas mendobi, sambung berehat di Pantai Tok Jembal..














InshaAllah, bertarawih di sini malam ni. Masjid Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.


























Malamnya, aku tidur di Miami Beach, Seberang Takir.












Wednesday, 5 April 2023

14 Ramadhan

Alhamdulillah, malam tadi lepas tarawih aku moreh dengan Ustaz Rosli di kedai berhampiran rumahnya. Makan nasi goreng USA. Selepas itu aku tidur di Shell Kg Raja. Sahur dan subuh di situ. Sahur biskut 2 keping..hehe








Aku ronda² di Pantai Bukit Keluang.










































Aku solat Asar di Masjid Moscow (8 Kubah) di Jerteh.






















Selepas tarawih, aku ke Penarik (Pantai Rhu Sepuluh) untuk bermalam di sana.
Sebelum tidur aku pekena megi dulu...lapor daaa....










Tuesday, 4 April 2023

13 Ramadhan

Alhamdulillah, selepas tarawih di Gua Musang aku bertolak ke Jerteh. Aku tidur sebelah Masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh. Lupa pulak nak ambik gambar.

Selepas subuh aku bergerak ke Pantai Benting. Berehat di sana.






















Selepas sudah rasa badan kembali cergas, aku ke Masjid Taman Ilmu untuk solat zohor sendirian je. Terlepas jemaah, berehat lama sangat.




















Malamnya aku bertarawih di sini. Ramai juga pelajar Unisza yang datang. Masjid ni buat 11 rakaat termasuk witir.