Alhamdulillah... 14hb Jul, sebelum maghrib aku gerak ke Kedah. Jam 2.30 pagi tiba di RnR Titiwangsa Grik. Tidur situ.. rehat sehingga subuh.
Pagi 15hb, aku ke Sg Petani..intai² kereta antik.
Tak pasti lagi nak beli atau tak, aku janji dengan owner tu, aku bagi keputusan pada 16hb. Selepas itu, aku ke Jitra. Ada sebiji lagi kereta yang aku nak tengok.
Kereta memang cun tapi tak siap lagi, dalaman, enjin dan gearbox belum bikin lagi...dalam proses. Pendek cerita tak jadi ambik...pemilik tu bawa aku ronda²..memang rare...column gear...
Dengan kawannya sekali... meriah la...





























































