Pages xxx

Saturday, 19 April 2025

Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.

Alhamdulillah... pagi ni selepas sarapan ngan wife.. kami ke rumah kakak aku di T.Ketapang...kebetulan ada anak cucunya bertandang hujung minggu.... jd aku bawa lah ronda² sekejap di Pantai Ketapang...


























































Thursday, 10 April 2025

Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Alhamdulillah, hari ni dapat tidur sini... solat maghrib dulu di Masjid Biru....










Selepas solat isyak ... aku mengeteh ngan geng Dungun... geng lama...










Jam 2 pagi lebih aku dah pening².... lama dah tak tidur lambat... biasalah... dah tua... aku slow² ke area pantai untuk mencipta mimpi²....

Pagi² lg dah bangun... posing dulu...















Lepas tu aku ke Bkt Besi... nak tengok batu penanda pada tanah aku...










Salah satu batu penanda yg di pacak kayu... ini bahagian blkg tanah aku..

Selepas itu aku masuk hway Bkt Besi menuju ke Batu Rakit. Aku rehat sini dr tghari ke waktu asar.... kemudian aku ke pantai Teluk Ketapang...







Saturday, 22 March 2025

Taman Bandar, Kuantan, Pahang

Alhamdulillah....inilah penutup Ronda² Ramadhan 5.0 aku kali ni... selama lebih krg 2 minggu aku bermusafir dan beriktikaf di sesetengah masjid... akhirnya aku sampai di Kuantan dan iftar dgn geng CCP Pahang di Taman Bandar..























InshaAllah jika dipanjangkan umur, aku ronda² lagi tahun depan dalam Ronda² Ramadhan 6.0....aamin

Friday, 21 March 2025

Tanah Rata, Cameron Highland

Alhamdulillah.... dari Brinchang, aku turun ke Tanah Rata. 














lepas solat Jumaat di masjid Tanah Rata, aku rehat dalam moho je. Sejuk sangat kali ni. 

Petang aku ke bazar Tanah Rata.









Sepatutnya aku ke Kelantan melalui Lojing, tapi jalan Lojing tak boleh di lalui kerana tanah mendap dan berlubang. Hanya motorsikal dan kereta dibenarkan lalu. Oleh kerana mcm boring dgn Tanah Rata. Aku gerak ke Sg Koyan sebelum berbuka. Aku berbuka dalam moho di perkampungan orang asli dan seterusnya sampai di Sg Koyan waktu Isyak. Aku solat jamak taakhir di masjid Sg Koyan.






Thursday, 20 March 2025

Masjid Kayangan, Cameron Highland

Alhamdulillah... pagi tadi aku sampai sini. Tidur hingga tengahari, sempat zohor berjemaah di masjid ni.
























Selepas zohor tadi, sempat menegur kucing yg syiok tidur di sofa masjid.




Wednesday, 19 March 2025

Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datok

Alhamdulillah... pertama kali sampai sini... moga dapat iftar di masjid ini dengan warga Bagan Datok ptg ni....














Cuaca agak panas hari ni, ketiadaan pokok di bhgn depan masjid buatkan aku beredar ke kwsn luar masjid untuk berteduh. Tiba² motorhome aku bergegar mcm melompat² bila bergerak. Rupanya tayar dah kembung. Kedai tayar yg ada di sini cuma kedai kereta, tayarnya tak sesuai dgn moho aku. Aku gerak ke Sitiawan sebelum maghrib bimbang kedai tutup. Alhamdulillah ada kedai yg buka. Dapat lah tukar tayar baru.







Selepas semuanya ok. Aku gerak ke Penang. Hingga di Changkat Jering, aku rasa tak sedap hati. Macam² ada dalam otak aku. Bimbang ada apa² yg tak kena dgn moho aku. Aku u turn ke Cameron Highland, tak jadi nak ke Penang dan Kedah. Aku ke Simpang Pulai melalui PLUS. Sampai di RnR Sg Perak, aku tidur dan sahur di situ. Lepas subuh aku gerak ke CH.