Pages xxx

Tuesday 31 August 2021

Makan bersaing bersama Camper Crew Pahang

Salam.. 

Alhamdulillah,  bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 64, saya bersama ahli² Camper Crew Pahang makan bersaing di Pantai Sepat. Asyik² P Sepat,  tak ada pantai lain ke??  Nak buat macamana,  P Sepat dan P Kempadang saja seolah² dibenarkan berkelah,  Teluk Chempedak dan Pantai Batu Hitam semacam tidak dibenarkan lagi untuk beraktiviti di pantai. 

Selamat Hari Merdeka. 



















Monday 30 August 2021

Berkelah di Pantai Sepat

Alhamdulillah... 

Cuaca yang baik dan Negeri Pahang berada dalam fasa 2 PKP membolehkan kami berkelah di Pantai Sepat..

Hari ini tak ramai yang mengunjungi pantai, tapi semalam sangat ramai menyebabkan kami tangguhkan perkelahan kami.  Bimbang jika berlaku perlanggaran sop akan dijangkiti virus maut covid 19. Lebih baik kami berwaspada namun apa² pun berserah pada Allah sekelian alam. 















Sunday 8 August 2021

Pantai Sepat

Salam... 

Petang semalam bahagianya rasa,  dapat singgah sekejap dan sempat la ambik beberapa keping foto bersama anak bongsu.  


















Saturday 7 August 2021

Tinted cermin

Salam... 

Hari ni berkesempatan untuk tinted cermin (lekap plastik gelap pada cermin tingkap).  Masa lalu di Beserah pagi tadi selepas balik dari Sungai Ular ronda² cari sarapan pagi, ternampak kedai "tinted" buka. 

Terus balik hantar Mem Besar ke rumah dan datang semula ke kedai tu.  Rabak la RM280.





















Alhamdulillah... 


Sunday 1 August 2021

Ronda Pantai Sepat

Salam.. 

Hari ni berkesempatan meronda ke Pantai Sepat selepas sebulan lebih tak ke sini.  Rindunya dengan pantai ni.