Pages xxx

Friday 9 July 2021

Pasang Lampu Led

Salam.. 

Dari pagi tadi sampai jam 12 aku sibuk memasang lampu led ni.  Sebenarnya kerja sambungan wayar dah dibuat perlahan² bermula petang semalam.  Alhamdulillah,  akhirnya siap projek lampu led motorhome aku ni. Modalnya cuma lebih kurang RM40 beli di Shopee. 

























Thursday 8 July 2021

Meronda depan Giant Kuantan

Salam.. 

Hari ni ada kesempatan meronda².  Ronda sekitar area perumahan aku je.  Nak ronda pantai Kempadang dan Sepat pun tak berapa berani lagi.  Bimbang pulak polis "ronda²". Dapat denda lagi haru nanti.  Jadi dapat ronda area sekitar dan rehat² sekejap sambil test dvd player.  

Bawah ni ada 2 keping gambar aku cantik² parking motorhome di seberang jalan Giant.  Dekat dengan surau Medan Warisan. 











Esok aku nak pasang lampu di bahagian tepi badan motorhome ni macam lampu lori tu.  Lampu dah beli di Shopee.  InsyaAllah esok aku kemaskini projek pasang lampu led tu. 

Wednesday 7 July 2021

Pasang TV & Dvd Player

Salam... 

Dalam beberapa minggu ni, kerja aku cuma memasang dan buat sikit kemasan pd motorhome ni.  Motorhome ni dah tua usianya,  24 tahun.  1997 tahun dibuat.  Tahun depan masuk 25 tahun,  insyaAllah aku boleh mohon dengan JPJ untuk diskaun roadtax sebab dah masuk kategori Klasik.  Rasanya boleh dapat 50% pengurangan harga roadtax. 

Gambar bawah ni pemasangan dvd yang aku beli di Shopee,  cun jugak gambornya.  Alhamdulillah. 





















Aku cuba pasang alat penerimaan siaran tv digital,  tapi tak berapa jelas siarannya.  Mungkin aku kena beli astro dish yang berkualiti untuk pemasangan astro di motorhome aku.  Projek lain pulak la tu nampak gayanya. 

Tuesday 6 July 2021

Pasang GPS

Salam... 

Ni hari ke dua aku lari dari kesibukan Post, like n comment di Facebook.  Aku tinggalkan ramai sahabat yg baik dalam FB dan aku bertapa / sembunyi di sini.  Blog ni mcm gua utk aku. Dah tua² begini kadang perlukan sedikit ruang utk bersendirian. Aku byk kali deactivated FB aku... Paling lama 5 tahun aku tak membukanya.  Hiruk pikuk dlm FB kdg buat aku bosan.  Ianya mungkin sesuai utk org muda. Tapi kali ni,  aku cuma log out je.. Sekali sekala aku gi sekodeng la... Tengok je,  xnk usik apa² pon dlm FB tu. 

Beberapa minggu lepas,  aku menukar alat GPS dlm motorhome aku yg asalnya memang dari Jepun dan menunya semua bahasa Jepun.  Aku tak faham.  Jadi aku tukar yang Malaysia punya.  Senang sikit nak mencari arah tujuan kalau dah boleh meronda nanti. Tak ada sesat ke arah lain pulak. 






Alhamdulillah...  Selepas godek² sejam dua.. Selesai masalah.  GPS yang lama berbahasa Jepun tu aku simpan lagi.  Kalau ada yg berminat,  bgtau je.  Aku boleh pos.  Mana tau ada yang dulunya belajar di Jepun,  mesti terror bahasa negeri matahari terbit tu. 

Monday 5 July 2021

Ahlan wasahlan.

Assalamualaikum.. 

Bismillahirrahmanirrahim. 


Ini blog baru aku selepas aku pencen pd 01.01.2020.....blog ni aku baru buat pg ni.. Selepas subuh td... Template apa pon belum setting lg...  Nti ada ms aku setting la semula. Sesuaikan dgn tema motorhome pencen aku ni.... 


Selamat pencen utk aku.... Yeeaayyyhhhh..... (ayat copy paste) 


Sekali sekala aku blogging .. Terjumpa blogger juga pencen mcm aku... Seronok bc kisah diaorg... Aku je tak tau nk tulis apa...Aku nk berpijak di bumi nyata...  Selagi hayat masih ada...Jadi aku buat  keputusan nk buka satu blog yg berkaiatan dgn motorhome,  sbb duit simpanan aku dan tambah sikit duit gratuiti,  aku beli sebiji motorhome.. Tak ada la lawo sgt.. Mcm lori je... Tapi tetap aku suka model ni sbb partnya senang cari dan badan lori itu sudah menunjukkan kelasakannya. 








Keseronokan aku sekarang meronda dgn motorhome yg dibeli sempena aku pencen... Nk ronda² Malaya kononnya... Tp PKP pulak... Terbantut plan aku...jadi ronda² bandar Kuantan je la dulu...  Training... Hihi


InsyaAllah... Semoga motorhome ni dapat mengisi masa terluang pencen aku dan mengeratkan hubungan silaturrahim dgn kawan² /saudara mara aku.. Dapatlah ziarah mereka selagi aku sihat.. .....amin. 

Motorhome ni sampai di Kuantan pada 5 Jun 2021. Terpaksa guna towing sebab di Selangor PKPD.  Payah rasanya nak minta kebenaran dengan pihak Polis untuk aku pergi mengambilnya sendiri.