Pages xxx

Saturday 29 January 2022

Pantai Sepat semula.

Lepak di Pantai Sepat, kakak dan anak saudara datang dari Kuala Terengganu tengahari tadi. Santai petang sambil makan mee goreng dan minum petang.





Friday 28 January 2022

Bukit Kepayang, Bera, Pahang.

Pagi tadi bergerak ke Felda Bukit Kepayang. Singgah solat Jumaat di Masjid Al-A'la di Keratong 9. Sengaja lalu jalan sana. Nak ronda².









Selepas itu, aku terus ke Felda Bkt Kepayang. Malas nak turun ambil gambar, jadi tak ada la gambarnya. Aku selalu ke sini, itu yang malas nak bergambar. Abah aku dulu kerja kilang kelapa sawit di sini sebagai Pegawai BHC (Boiler House Chargement) dan kami sekeluarga pernah tinggal di sini. Aku bersekolah rendah di sini pada tahun 1976 hingga 1978. Kawan aku di sini yang masih aku ingat sampai sekarang namanya Mohd Kilau, seakan² nama Pahlawan Pahang, Mat Kilau. Lama dah tak jumpa kawan aku ini yang bertugas sebagai posman. Nanti kalau senang, aku akan cari member aku ni. Boleh berbual panjang. Ada seorang lagi kawan aku yang aku sangat ingat, Lamdin bin Pie. Dulu pernah jumpa di Kuantan, masa tu dia kerja sebagai askar di Kem Batu 10 Kuantan. Semenjak dia pencen askar, senyap gitu je. Aku cuba kontek nombor telefon yang lama tapi tak berjawab. Nasib badan lah....Mana kau ya sahabat........


Thursday 20 January 2022

Besut

Alhamdulillah.

Pagi ni jam 10 bertolak ke Besut, jam 2 tghr sampai di Pantai Penarik. Pandu santai je, 60km/j, memang lah lambat. Sekarang dapatlah berehat sekejap.






Selepas itu aku terus ke Pantai Bukit Keluang, Besut. Ramai orang, aku pekena nasi goreng ayam kunyit. Sedap wei......









Sebenarnya ke Besut kerana nak tengok kereta antik dalam Karnival Permotoran Pantai Timur 2022.






























Malam kedua ada sahabat, En. Jamri yang datang dari Kuantan, dia dalam perjalanan ke UITM Machang Kelantan. Kami berkhemah di depan surau pantai Bukit Kluang. Lokasi ni sebenarnya dicadang oleh Ustaz Rosli, seorang sahabat di Besut. Memandangkan kawasan pantai agak sunyi dan tandas awam berkunci pada waktu malam. 












Saturday 15 January 2022

Terengganu

Malam tadi aku bertolak dari Kuantan dan tidur di tepi Pantai Kelulut, Terengganu. 





















Hajatnya meronda ke Terengganu sambil meninjau² rumah kami dalam pembinaan di kawasan perumahan Bukit Kor.









Singgah rehat di Kalang Warisan Serada.












Singgah di Pasar Kedai Payang.









Monday 10 January 2022

Servis Jan 2022

Alhamdulillah...

Hari ini cukup 147,700km, aku tukar minyak hitam, minyak gearbox, minyak axle dan drum break di bahagian belakang. Biasalah, bila dah cukup nisab dan haul nya, terpaksalah servis. 


















Thursday 6 January 2022

Lata Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Tengahari tadi aku sampai di Lata Sempeneh. Tempat memang cantik dan tiada bayaran dikenakan. Mandi sampai kecut. Semuanya percuma.

















Sebelum ke sini, aku singgah di Bagan Serai, ziarah rakan Sek. Keb. Trolak Utara, Sungkai dulu. 









Lebih kurang 42 tahun kami tak pernah bertemu. Alhamdulillah, beliau dan suaminya dalam keadaan sihat.

Wednesday 5 January 2022

Lata Tebing Tinggi, Selama, Perak.

Pagi ni aku berada di Dobi Muslim, Pekan Selama, Perak. Sarapan roti canai pagi tadi di Kulim, Kedah. Ada beberapa helai baju dan seluar yang perlu dicuci.








Jarak Lata Tebing Tinggi dari Pekan Selama lebih kurang 12km. Kalau keadaan mengizinkan, aku ingin bermalam di sana. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin.


















Sempat mengambil gambar kakak dan makcik ni yang asyik memasak. 😁😁😁