Pages xxx

Sunday 25 September 2022

Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu

23hb Sept baru² ni aku, isteri dan anakanda bongsu tidur di sini. Ditemani oleh sahabat Hj Morad serta isterinya join tidur sekali di sini. Anak²nya pun semua datang cuma tak tidur la. Meriah lah malam tu. Bersembang macam lama tak jumpa. Sudah 2 kali aku tidur di sini di temani Hj Morad. Dia pun minat camping.














Malam sabtu, rupanya ada perarakan kereta berhias, kereta wakil Daerah Dungun tu menang tempat ke 2, Kemaman tempat pertama. Mungkin pertandingan sempena bulan kemerdekaan dalam Negeri Terengganu. Aku tak pasti.





















Pagi sabtu kami bersarapan. Hj Morad belanja nasi minyak, nasi dagang, nasi kunyit dan kuih muih. Terima kasih lah sahabat, belanja makan. Moga murah rezeki..aminn..
Tengahari sabtu aku ke Bukit Kor, Marang Terengganu, tengok rumah kami yang baru nak buat pendawaian.
















Petang sabtu, kami ke rumah biras di Wakaf Mempelam. Ada bbq .. ayam panggang. Lupa plak nak ambik gambar sebab sedap sangat makan ayam.. hehe

Friday 16 September 2022

Balut kerusi

Alhamdulillah... upah Cina Kusyen balut kerusi dah seminggu... baru siap... ok la... tak adalah lawa pon...cuma nampak baru je la... macam nak raya cina pulok... merah hitam...huhu

















Katil atas pun aku balut jugak... warna hitam... boleh la... memang tak lawa pon... 



Tuesday 13 September 2022

Pasang Running LED Signal

Alhamdulillah...

Barang dah sampai, beli di Shopee..RM120 siap pos.... Cun jugak lah.... sendiri angkat bakul....huhu










Dari pagi tadi godek² dan cabut yang lama...



Pagi ni 14hb Sept..dah siap pasang lampu yg ke dua... cepat siap sebab dah faham macamana nak cabut lampu lama dan nak wiring wayarnya... semalam terkial²....
baru kenal resistor pun semalam. Resistor adalah untuk perlahankan kerlipan lampu jika tukar kepada lampu led.. 






Ni gambar resistor..



Thursday 1 September 2022

Blue Lagoon Port Dickson dan Wetland Putrajaya

Alhamdulillah...31 Ogos aku ke Blue Lagoon Port Dickson... Singgah Bangi pekena Satay Hj Samuri dulu... malamnya tidur di tepi highway hala ke Seremban.












Pagi 1 Sept kami bersarapan di Blue Lagoon....















Kami makan tengahari di Batu 1 Port Dickson.








Lepas jumaat 2hb kami ke Wetland Putrajaya.