Pages xxx

Saturday 22 April 2023

1 Syawal (22April 2023)

Alhamdulillah... Aku sekeluarga beraya di rumah baru kami di Bukit Kor, Marang. Pagi raya kami ke rumah mak saudara di Dungun, kami singgah di Pantai Teluk Lipat untuk posing.






Thursday 20 April 2023

28 Ramadhan

Alhamdulillah, petang ni aku tiga beranak, iftar di Pulau Kekabu, Marang. Anak² yg lain masih di Kuantan dan malam karang diaorg sampai.












Monday 17 April 2023

25 Ramadhan

Alhamdulillah... Iftar lagi di Pantai Sepat...















24 Ramadhan

Alhamdulillah..Anak dan cucu balik Kuantan..jadi kami iftar di Taman Bandar.















































Sunday 9 April 2023

18 Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dapat berbuka puasa sekeluarga di Pantai Sepat.






















17 Ramadhan

Alhamdulillah, aku sahur di Rantau Abang dan solat subuh di surau Kuala Abang.

Rehat sekejap di Pantai Seberang Pintasan.











Lepas itu aku ke Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, ziarah makam bonda. Posing atas jambatan Kuala Dungun seminit.

















Lepas Solat Jumaat semalam, aku ke makam Ayahanda di Masjid Kg Tasek, Kuala Terengganu. Hari ini ke makam bonda pulak. Al Fatehah.














Selepas itu aku ke Pantai Teluk Lipat, hajatnya nak berbuka di Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun, tapi hati dah rindu 😍😍😍 sangat pada family yg ditinggalkan selama 2 minggu, aku tergesa² balik Kuantan. Malamnya aku bertarawih di Masjid Chenderawasih. Moreh dengan mem dan anakanda bongsu.





Ronda² Tarawih 3.0 melabuh tirainya. Moga panjang umur, tahun depan boleh ronda lagi...aamin.

Friday 7 April 2023

16 Ramadhan

Alhamdulillah, syukur pada Allah yg masih memberi aku nyawa lagi hari ini. Pagi ni aku subuh di Masjid Seberang Takir.







































Selepas subuh aku ke rumah biras aku di Kubang Panjang, ambik kunci grill rumah aku di Bukit Kor. Grill tu baru pasang, jadi salinan kunci ada pada biras aku, sebab kawan dia yang pasang grill tu.





Dapat lah aku masuk rumah aku di Bukit Kor tu...😁😁😁





Alhamdulillah, aku solat Jumaat di Masjid Kg Tasek. Sempatlah aku ziarah makam ayahanda aku yang memang dikebumikan di sini, sebab beliau berasal dari Kg Bukit Payong dan beliau meninggal di rumah kakak aku di Bukit Sawa.

Al Fatehah (dibaca) untuk abah kesayangan aku.











Aku berbuka di Pantai Kelulut dan maghrib serta tarawih di Masjid Kg Kelulut.