Pages xxx

Wednesday 29 September 2021

Angel Eyes

Alhamdulillah.  Hari ini berkesempatan memasang "angel eyes" biru pada lampu utama.  Guna gam silikon,  tak tahu berapa lama boleh tahan.  Maksudnya tahan dan kuat melekat pada cermin lampu depan. Sebenarnya,  kalau nak lagi cantik,  kopek cermin tu dan letak angel eyes ni di dalam lampu,  tapi nak cuba letak di luar dulu. Lain kali pulak letak di dalam.... 😁



























Tuesday 28 September 2021

Pantai Sepat lagi

Alhamdulillah,  dapat temankan sahabat dari Temerloh yang berhajat nak bermalam dan berkhemah di sini.  Saya dan Atex jadi temannya.  Sahabat ni namanya Faizal,  tauke perniagaan Ayam Tong di Temerloh.






















Monday 27 September 2021

SSCus Sport Seat

Alhamdulillah. 

Pagi ni tak ada kerja.  Jadi meronda kedai aksesori kereta.  Tersilap masuk kedai kerusi kereta.  Tak semena² terbeli dan terpasang pulak kerusi. 

Kopak la beberapa Ringgit Malaysia....🤣🤣🤣🤣

















Sunday 26 September 2021

Temerloh, Pahang.

Alhamdulillah. 

Dapat juga dalam masa terdekat kami ke Temerloh menjamah masakan Ikan Patin Tempoyak walaupun Mem belum cukup dos untuk merentas daerah.  Ini kerana peralihan ke fasa 3 tidak mewajibkan cukup 2 dos vaksin untuk membolehkan rentas daerah.  Cuma masih yang belum boleh ialah "dine in" jika tak cukup dos vaksin covid 19.

Lain rasanya orang Temerloh memasak ikan patin ni.  Jadi makin sedap...... 



















Pekan, Pahang.

Alhamdulillah. 

Malam tadi selepas maghrib,  kami sekeluarga ke Pekan ronda² dan membungkus makanan.  Mem belum cukup dos vaksin lagi jadi terpaksalah membungkus,  kalau tak, boleh "dine in".

Kami bersantai dalam motorhome je di tepi Sungai Pahang. 







Saturday 25 September 2021

Pantai Chendor, Pahang.

Salam.... 

Semalam ke Chendor membeli keropok keping dan lekor.  Nak ke Kemaman tak boleh sebab itu dah termasuk dalam negeri Terengganu.  Merentas negeri masih lagi tak dibenarkan...... 

Jadi singgah dan lepak sekejap di Pantai Chendor.  Ramai juga manusia, al maklum lah dah boleh keluar dan berehat di kawasan pantai.  Jaga SOP baik² ya.... 














Saturday 18 September 2021

Pantai Sepat Semula

Salam. 

Pantai Sepat memang mendamaikan.  Engkorang kena bermalam di sini baru tau dia punya kedamaian..... 

Malam tadi jam 9 malam kami 3 beranak datang sini.  Malam karang bermalam lagi tapi aku solo je la sebab geng CCP ada program untuk ulangtahun penubuhannya.  Malam ni ada BBQ dan tengahari esok ada jamuan kari kambing.  Wah... Meriah tu. 










































Thursday 16 September 2021

Black Stone Campsite

Salam. 

Alhamdulillah malam tadi dalam jam 9 malam kami tiba di sini dan diberi kebenaran secara percuma oleh pemilik BSCampsite untuk bermalam.  BSCampsite ini dalam proses pembinaan. 

Kebetulan pulak tarikh 16 September adalah tarikh tertubuhnya Camper Crew Pahang,  jadi sambutan ulangtahun pertama dibuat di sini.  Dapat lah kami bersama dalam program yang tak dirancang tu. 







































Saturday 11 September 2021

Pantai Sepat Lagi.

Salam... 

Pantai Sepat lagi...  Mana lagi nak pergi.  Ini la tempat paling damai di Kuantan ni... 

Masuk sini petang semalam,  esok balik rumah.  Dapatlah tidur sini 2 malam.  Ramai geng Camper Crew Pahang yang join.  Meriah sangat²....