Pages xxx

Saturday 30 April 2022

Berbuka di Pantai Sepat

Alhamdulillah, pada 26 Ramadhan 1443H (28 April - khamis) kami sekeluarga berbuka puasa di Pantai Sepat. Kebetulan angin agak kuat petang tu. Selepas solat maghrib di pantai, kami pulang ke rumah. Terlepas tarawih di masjid, aku jadi imam solat tarawih di rumah.









Tuesday 26 April 2022

Berbuka di KL dan Ipoh.

23hb April, kami sekeluarga berbuka puasa di Restoran Tanjung Puteri di Sri Hartamas dan 24hb pula kami berbuka di rumah adik di Taman Meru Perdana 3, Ipoh.






Sempat berterawih di Surau Raja Hairani di taman tersebut.






Sebelum berbuka di KL, kami ke jalan TAR. Jalan sesak teruk dengan kenderaan yang ingin membeli belah sempena Raya Aidil Fitri.





Sunday 17 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (15 Ramadan 1443H)

Alhamdulillah, pertama kali bersolat di masjid ini, Masjid Selat di Melaka. Cantik masjid yang berada di pinggir dan atas laut di selat Melaka.







Kembara Tarawih 2.0 (14 Ramadan 1443H)

Alhamdulillah, dapat berbuka, bertarawih dan bersahur bersama ahli² anjuran Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (PCMM). Program di adakan di Blue Lagoon Caravan Park, Port Dickson. Lebih kurang 30 orang ahli yang hadir.























Friday 15 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (13 Ramadan 1443H)

Alhamdulillah, tengahari tadi dapat solat Jumaat di Masjid Hussain, di Seremban 2. Cantik masjid yang bercirikan senibina Islam Turki. InshaAllah, malam ini dapat lah bersolat dan bertarawih di sini....amin.








 

Thursday 14 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (12 Ramadan 1443H)

Syukur Alhamdulillah, pertama kali sampai di Sendayan. Masjid Sri Sendayan memang indah dan damai. Solat fardu di sini pun lunak dan syahdu bacaan imamnya.

Selamat berbuka dan bertarawih.
































Wednesday 13 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (11 Ramadan 1443H)

Alhamdulillah....Hari ini merupakan hari ke 11 kita berpuasa dalam bulan Ramadan. Kembara Tarawih diteruskan lagi dengan beristirehat di Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) di Putrajaya.








Alhamdulillah, ada sahabat lama datang temankan aku berbuka puasa dan berterawih di sini. Cikgu Mat Rani, beliau berasal dari Temerloh, Pahang. Sekarang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Putrajaya.





Di bawah ni pulak, sahabat yang baru kenal semasa berbuka puasa di Masjid ini. 



Tuesday 12 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (10 Ramadan 1443H)

Alhamdulillah, hari ini dapat merehat dan menyuburkan rohani di Masjid Putra, Putrajaya.












Solat fardhu dan tarawih disempurnakan di bahagian koridor masjid, kerana ruang utama dan kubah dalam proses penyelenggaraan.



Monday 11 April 2022

Kembara Tarawih 2.0 (9 Ramadan 1443H)

Hari ini berpeluang beristirehat, maksudnya dapat bersolat, berbuka dan bertarawih di masjid Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Cantik masjidnya.