Alhamdulillah. Hari ini ke Shah Alam untuk pasang sport rim. Tapi tak boleh masuk rim 15 kerana sangkut. Bodi kena angkat atau lapik spring dan bahagian tepi tayar belakang kena potong (modified) sebab tayar terlalu tebal tak boleh masuk... jadi beli rim je dulu bawa balik Kuantan. Kita selesaikan masalah di sana....
Monday, 20 June 2022
Sunday, 19 June 2022
Thursday, 16 June 2022
Camper Rally Kelantan, Pantai Geting, Tumpat
Alhamdulillah, malam tadi aku dan sahabat Wan Solehuddin tidur di Pantai Penarik dalam perjalanan ke Pantai Geting.
Pekena ikan celup tepung di Penarik.
Lebih kurang pukul 10 pagi tadi aku sampai di Pantai Geting.
Pagi Jumaat ronda ke Pantai Sri Tujuh.
Solat Jumaat di Masjid Ar Rahman Kubang Batang.
Friday, 10 June 2022
Silap Memahami Kedudukan Bateri
Alhamdulillah. 2,3 hari ni aku menggodek² wayar motorhome aku. Sangka ku wayar reput @ lama dan hampir putus. Rupanya yang menjadi segala masalah ialah bateri kondem. Selalunya sesebuah kenderaan menggunakan sebiji bateri untuk bahagian enjin, tetapi motorhome aku ni menggunakan 2 biji di bahagian enjin dan sebiji untuk kegunaan di bahagian belakang. Bila aku buka soket positive pada bahagian bateri yang 2 biji. Aku nak hidupkan enjin tak boleh. Baru lah aku perasan rupanya bahagian bateri itu untuk enjin.
Aku pun test voltan bahagian bateri yang sebiji tu, memang bateri tu nyawa² ikan. 6 volt saja. Dah hampir setahun beli motorhome ni. Baru lah tahu pasal bateri ni. Nasib baik aku baru salin wayar 2,3 urat je.....
Tuesday, 7 June 2022
Masalah Wayar Lama
Pagi ni aku salin wayar lama, wayar positive pada pam air dalam motorhome. Pam air tu bila di on kan suisnya, air yang keluar jadi perlahan sangat, Wayar lampu pun bermasalah, esok aku siapkan bahagian lampu pulak. Aku tak tahu di bahagian mana wayar positive macam nak putus, jadi aku salin wayar positive baru je. Selesai masalah pam air yang perlahan hari ini. Alhamdulillah.
Sunday, 5 June 2022
Majlis Kahwin Sahabat Cikgu Yusuf dan ke Sendayan
Alhamdulillah, hari ini aku ke majlis kahwin anak sahabat aku di Dewan Grand Airiz Sg Buloh, Selangor.
Selepas itu kami ke Masjid Sri Sendayan di Seremban.
Malamnya, kami ke Blue Lagoon, Port Dickson. Ramai orang camping di sana. Kami pun join sekali...😁😁😁.
Saturday, 4 June 2022
Solo Camping Pantai Sepat
Alhamdulillah, malam tadi pertama kali aku solo camping di sini. Selalunya dengan sahabat². Cuaca ok..angin tak ok....angin mati.
Cuaca pagi cun...