23hb Sept baru² ni aku, isteri dan anakanda bongsu tidur di sini. Ditemani oleh sahabat Hj Morad serta isterinya join tidur sekali di sini. Anak²nya pun semua datang cuma tak tidur la. Meriah lah malam tu. Bersembang macam lama tak jumpa. Sudah 2 kali aku tidur di sini di temani Hj Morad. Dia pun minat camping.
Malam sabtu, rupanya ada perarakan kereta berhias, kereta wakil Daerah Dungun tu menang tempat ke 2, Kemaman tempat pertama. Mungkin pertandingan sempena bulan kemerdekaan dalam Negeri Terengganu. Aku tak pasti.