Pages xxx

Wednesday 18 September 2024

Balik Bukit Kor, Marang

Alhamdulillah.... nyaman dan sejuk tidur sini... pagi ni posing jap..






Malam tadi dalam jam 10 lebih... ada lagi geng karaoke datang menyanyi di wakaf tepi Pantai Teluk Lipat... aku yg tengah syiok baring² dan hampir lena terkejut dengan suara mereka yg memecah malam.....hehe



Tuesday 17 September 2024

Teluk Lipat, Dungun

Alhamdulillah....
Selepas subuh di Masjid Negeri di Bandar Kuantan... aku gerak ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Aku parking di belakang hospital...
















Selepas ambil ubat... aku gerak ke rumah sahabat aku...Hisham di Indera Mahkota... gi sarapan dan shopping Kuantan Parade... dpt tangkap 2 seluar jeans dan sehelai baju kemeja... Selepas itu aku gerak ke Dungun... singgah di bengkel sahabat aku, Zaidi... 








Lepas tu kami gi minum dan makan keropok / nasi dagang di Kedai Mariam tepi pantai teluk Lipat... dlm jam 6 lebih aku ke pantai... mandi dan solat jamak taakhir... 






















Monday 16 September 2024

Kuantan

Alhamdulillah... 

Malam tadi memang sejuk sangat... aku tidur tak on kipas pon. Pagi ni masih sejuk lagi di Kalang Rengas.





pagi² lagi aku gerak ke Kuantan. Sampai di Cheneh aku mengantuk, tidur sekejap di simpang Cheneh. Aku park di tanah yg lembut di tepi simpang... lekat la pulak.










Aku minta tolong dgn seorang bro, kebetulan dia lalu dgn motosikal.. selepas sumbat tanah dan daun², dia tolak dgn sekuat upaya... lepas la aku... T.kasih Heri... nama dia Heri. Aku gerak ke Burger King di IM Kuantan. Lapar.






Aku pekena burger di tepi Taman Tasik Bandar...







Sunday 15 September 2024

Kalang Rengas, Ajil.

Alhamdulillah.