Pages xxx

Thursday, 6 January 2022

Lata Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Tengahari tadi aku sampai di Lata Sempeneh. Tempat memang cantik dan tiada bayaran dikenakan. Mandi sampai kecut. Semuanya percuma.

















Sebelum ke sini, aku singgah di Bagan Serai, ziarah rakan Sek. Keb. Trolak Utara, Sungkai dulu. 









Lebih kurang 42 tahun kami tak pernah bertemu. Alhamdulillah, beliau dan suaminya dalam keadaan sihat.

Wednesday, 5 January 2022

Lata Tebing Tinggi, Selama, Perak.

Pagi ni aku berada di Dobi Muslim, Pekan Selama, Perak. Sarapan roti canai pagi tadi di Kulim, Kedah. Ada beberapa helai baju dan seluar yang perlu dicuci.








Jarak Lata Tebing Tinggi dari Pekan Selama lebih kurang 12km. Kalau keadaan mengizinkan, aku ingin bermalam di sana. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin.


















Sempat mengambil gambar kakak dan makcik ni yang asyik memasak. 😁😁😁



Tuesday, 4 January 2022

Pulau Pinang

Petang ni aku sampai di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Aku lalu Jambatan kedua tadi.

















Malam ni, aku tidur sini, kawasan Persatuan Nelayan Teluk Bahang.

Teluk Senangin, Perak.

Alhamdulillah...

Pagi ni dapat aku rehat dan segar²kan mata dan minda di sini. Tempat memang cun dan menarik. Aku akan datang semula ke sini untuk bermalam. Hari ini tak dapat untuk tidur di sini sebab sudah berjanji singgah  di rumah kawan di Bagan Serai tengahari nanti.


















Monday, 3 January 2022

Teluk Batik Campsite, Lumut, Perak

Alhamdulillah...

Petang ini dapat aku posing depan Teluk Batik Campsite di Lumut, Perak. Cuaca memang cantik.



























Sebelah malam sebelum tidur, aku ronda² Marina Island.









Pekena mee mamak di Sea Side Cafe. Dekat Jeti Feri ke Pulau Pangkor.



Sunday, 2 January 2022

Ke Ipoh

Alhamdulillah...

Pagi² lagi dalam jam 8 aku dan anak perempuan aku ke Ipoh. Dia dapat kerja sebagai nurse di Hospital Pantai, Ipoh setelah tamat belajar di UniKL Ipoh beberapa minggu lalu. Cepat dapat kerja. Dah rezeki dia. Aku lalu jalan Genting Highland dan turun ikut Batang Kali. Ini merupakan jalan pintas ke Ipoh.











3 hb.

Malam tadi tidur rumah adik di Ipoh. Pagi ini hantar anak ke apartment sewanya. Dekat dengan Hospital Pantai.





Saturday, 1 January 2022

Tahun Baru

Alhamdulillah...

Malam tadi kami sekeluarga menyambut kedatangan tahun baru yang menyebabkan kami makin tua 1 tahun (hehe) di Draw Bridge, Terengganu.











Sesak dengan kereta dan manusia menyebabkan aku sempat shot dari dalam kereta saja. Gambar² bawah ni dari telefon anak saudara yang join kami sebelum diarahkan bersurai oleh polis yang bertugas kerana tiada penjarakan sosial dan mengabaikan SOP.