Pages xxx

Thursday, 16 December 2021

Camper Rally Langkawi

Alhamdulillah....

Hari ini aku sefamili bertolak ke Langkawi. Kami join Camper Rally Langkawi anjuran Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (PCMM).










Gambar atas ini, semasa kami berhenti sarapan pagi di RnR Temerloh.

Gambar bawah pula sewaktu berehat sekejap di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.









Dalam perjalanan di Bypass Rawang.







Lalu jalan lama dan singgah di Pekan Temoh untuk isi minyak.


17 hb.

Jam 5 pagi tadi kami sampai di Kuala Perlis selepas melalui lebuhraya dari Ipoh.


























Alhamdulillah... kami selamat sampai di Pulau Langkawi jam 12.30 tengahari.
Petang dan malamnya kami berehat dan makan di Pantai Cenang.





18 hb.

Kami solat subuh di Masjid Al Rahman. Mandi biasalah dalam motorhome. Air ambil di Petronas depan masjid Al Rahman.









Lepas itu kami makan dan dobi pakaian di depan masjid. Banyak kemudahan di kawasan sini. 

Sesudah itu kami ke Gunung Mat Chinchang untuk naik kereta kabel, tapi penuh sesak. Tangguh lain hari. Kami bergambar sekejap di marina terdekat dan ke Tanjung Rhu.

























Malamnya kami makan di Pekan Kuah, ronda² dan tidur di kawasan parking di Pantai Cenang.


















19 hb.

Selepas solat subuh di surau Pantai Cenang dan  sarapan pagi, kami bergerak ke Bukit Mat Cincang. Nak naik kereta kabel. Alhamdulillah tiket dah online booking.





























Malamnya, kami dinner di Warung Upih anjuran PCMM di taja oleh LADA.






















20 hb.

Mandi dan solat subuh di Parking terbuka Pantai Cenang. Sarapan dan dobi pakaian di Kg Kelawang pagi ni.

Lepak santai di Hujung Langkawi Airport. Tepi pantai.









Petang kami ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG).








Malamnya kami santai dan makan di tapak ekspo tepi pantai.











21hb.

Malam tadi aku n wife tidur di Wang Valley Resort. Anak² dah 2 malam tidur di sini. Diaorang tak biasa tidur dalam motorhome. Lagipun ramai 6 orang. Kurang selesa tidur dalam tu.

pagi ni, macam biasa cari warung untuk sarapan pagi. 

Selepas check out hotel, mendobi dulu sebelum ke Pantai cenang untuk melihat² dan membeli apa² yang patut untuk kawan² dan kenangan.







Petang kami ke Tanjung Rhu untuk bermalam di sana.
































22hb.
Pagi lagi kami bangun dan kemaskan khemah dan semua barang. Hari ini merupakan hari terakhir kami di pulau lagenda ini. Jam 1.30 pm kami semua perlu berkumpul di Jeti Dermaga Tanjung Lembung untuk menaiki roro ke Kuala perlis.















Sebelum ke jeti, kami berkumpul di Pejabat LADA untuk bergambar.
















Hanya ada sekeping gambar saja semasa menunggu Roro untuk ke kuala Perlis.







Lebih kurang jam 5 lebih kami sampai di Kuala perlis.
Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang melimpah rezeki dan rahmatnya semasa kami di sini. 

Related Posts:

  • Pantai Sepat Malam tadi ke Pantai Sepat. Kawan² Camper Crew Pahang berkumpul di sini. Cuti Maulidur Rasul. Isnin dapat cuti laa.Hari ini, ahad ada sukan utk anak² ahli.… Read More
  • Balut Dinding (part 1)Alhamdulillah... minggu lepas siap balut sebahagian dinding, arini baru sempat nak ambil gambar dan upload dalam blog. Balut guna baki kain yang lebih balut kerusi aritu... Kena order kain baru untuk sebahagian dinding di tem… Read More
  • Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu23hb Sept baru² ni aku, isteri dan anakanda bongsu tidur di sini. Ditemani oleh sahabat Hj Morad serta isterinya join tidur sekali di sini. Anak²nya pun semua datang cuma tak tidur la. Meriah lah malam tu. Bersembang macam la… Read More
  • Sentiasa Pantai Sepat Alhamdulillah, malam tadi aku tidur sorang di sini. Nyaman je, angin tak kuat. Ramai yang berkhemah di sini. Cuaca ok, tak hujan.Pagi tadi aku balik ambik mem dan anak, makan tengahari di sini.Seronok sesekali dapat makan di … Read More
  • Tidur depan Masjid Negeri, Kuantan.Alhamdulillah... malam tadi dapat tidur di sini...Cerah dan tak hujan. Sejuk suasana sini... Depan tu, Taman Kerang ada org berjual beli di carboot sale... Aku perasan dalam jam 2.00 pagi dah tak ada orang... dah tutup.Malam … Read More