Pages xxx

Saturday, 22 March 2025

Taman Bandar, Kuantan, Pahang

Alhamdulillah....inilah penutup Ronda² Ramadhan 5.0 aku kali ni... selama lebih krg 2 minggu aku bermusafir dan beriktikaf di sesetengah masjid... akhirnya aku sampai di Kuantan dan iftar dgn geng CCP Pahang di Taman Bandar..























InshaAllah jika dipanjangkan umur, aku ronda² lagi tahun depan dalam Ronda² Ramadhan 6.0....aamin

Friday, 21 March 2025

Tanah Rata, Cameron Highland

Alhamdulillah.... dari Brinchang, aku turun ke Tanah Rata. 














lepas solat Jumaat di masjid Tanah Rata, aku rehat dalam moho je. Sejuk sangat kali ni. 

Petang aku ke bazar Tanah Rata.









Sepatutnya aku ke Kelantan melalui Lojing, tapi jalan Lojing tak boleh di lalui kerana tanah mendap dan berlubang. Hanya motorsikal dan kereta dibenarkan lalu. Oleh kerana mcm boring dgn Tanah Rata. Aku gerak ke Sg Koyan sebelum berbuka. Aku berbuka dalam moho di perkampungan orang asli dan seterusnya sampai di Sg Koyan waktu Isyak. Aku solat jamak taakhir di masjid Sg Koyan.






Thursday, 20 March 2025

Masjid Kayangan, Cameron Highland

Alhamdulillah... pagi tadi aku sampai sini. Tidur hingga tengahari, sempat zohor berjemaah di masjid ni.
























Selepas zohor tadi, sempat menegur kucing yg syiok tidur di sofa masjid.




Wednesday, 19 March 2025

Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datok

Alhamdulillah... pertama kali sampai sini... moga dapat iftar di masjid ini dengan warga Bagan Datok ptg ni....














Cuaca agak panas hari ni, ketiadaan pokok di bhgn depan masjid buatkan aku beredar ke kwsn luar masjid untuk berteduh. Tiba² motorhome aku bergegar mcm melompat² bila bergerak. Rupanya tayar dah kembung. Kedai tayar yg ada di sini cuma kedai kereta, tayarnya tak sesuai dgn moho aku. Aku gerak ke Sitiawan sebelum maghrib bimbang kedai tutup. Alhamdulillah ada kedai yg buka. Dapat lah tukar tayar baru.







Selepas semuanya ok. Aku gerak ke Penang. Hingga di Changkat Jering, aku rasa tak sedap hati. Macam² ada dalam otak aku. Bimbang ada apa² yg tak kena dgn moho aku. Aku u turn ke Cameron Highland, tak jadi nak ke Penang dan Kedah. Aku ke Simpang Pulai melalui PLUS. Sampai di RnR Sg Perak, aku tidur dan sahur di situ. Lepas subuh aku gerak ke CH.

Tuesday, 18 March 2025

Masjid Jamek Kariah Sungkai, Perak.

Alhamdulillah... kali ke 2 aku iftar di masjid ni... 














Petang ni tiba² ada sahabat sekolah di Dungun dulu singgah... dia dari CH nak ke KL...












Selepas tarawih, aku gerak ke Trolak Utara... jumpa saing² skolah rendah dulu...arwah ayah aku pernah kerja Kilang Sawit Trolak tahun 1978 hingga 1979 ( darjah 5 dan 6).








Dalam jam 12 mlm aku gerak ke Bagan Dato.... belum sampai Bagan Dato, aku yg mengantuk.... tidur tepi jalan, aku tengok banyak lori park... aku join laa...

Monday, 17 March 2025

Masjid Al Kholidiah, Rasa, Hulu Selangor

Alhamdulillah... Aku iftar di sini hari ni... 












Pagi tadi aku mendobi dulu di pekan Rawang.... dah seminggu aku meronda, baru sempat mendobi...



Sunday, 16 March 2025

Masjid Bandar Diraja Klang

Alhamdulillah... Petang ni dapat iftar di sini.... belum pernah lagi aku ke masjid ni... masjid ni terhad parkingnya.... 












Sebelum ke sini, aku ke Amcorp Mall pagi tadi... beli tv sebiji.. untuk display je... dah rosak... 






Aku iftar dgn anak aku yg kerja di Klang.











Selepas tarawih aku gerak ke Kg Jeram... umah member masa sekolah di SMSO Dungun...
















Aku gerak ke Rawang... belum sampai ke Rawang aku tidur di RnR Kundang Timur di lebuhraya LATAR.