Pages xxx

Wednesday, 19 March 2025

Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datok

Alhamdulillah... pertama kali sampai sini... moga dapat iftar di masjid ini dengan warga Bagan Datok ptg ni....














Cuaca agak panas hari ni, ketiadaan pokok di bhgn depan masjid buatkan aku beredar ke kwsn luar masjid untuk berteduh. Tiba² motorhome aku bergegar mcm melompat² bila bergerak. Rupanya tayar dah kembung. Kedai tayar yg ada di sini cuma kedai kereta, tayarnya tak sesuai dgn moho aku. Aku gerak ke Sitiawan sebelum maghrib bimbang kedai tutup. Alhamdulillah ada kedai yg buka. Dapat lah tukar tayar baru.







Selepas semuanya ok. Aku gerak ke Penang. Hingga di Changkat Jering, aku rasa tak sedap hati. Macam² ada dalam otak aku. Bimbang ada apa² yg tak kena dgn moho aku. Aku u turn ke Cameron Highland, tak jadi nak ke Penang dan Kedah. Aku ke Simpang Pulai melalui PLUS. Sampai di RnR Sg Perak, aku tidur dan sahur di situ. Lepas subuh aku gerak ke CH.

Related Posts:

  • Pantai Kempadang, Kuantan.Alhamdulillah.. pagi sabtu aku tidur dari selepas subuh hingga zohor kerana keletihan memandu dari KL ke Kuantan. Selepas asar, aku ke Pantai Kempadang untuk camping dengan geng CCP.Camping bermula hari Jumaat, tapi aku boleh… Read More
  • 7 RamadhanAlhamdulillah, aku tidur di sebelah Masjid Abu Hurairah, Bidor dan bersahur biskut di sini.Waktu zohor aku sampai di sini. Pertama kali aku solat di UTP (Universiti Teknologi Petronas).Aku berbuka dalam motorhome je, makan te… Read More
  • Tukar semua beltAlhamdulillah, hari ini berkesempatan menukar semua belt di Saujana Putra.Dieka Auto Services011-3999 3900https://maps.app.goo.gl/tFj95NszhprT4iVy9Bukan saja belt, minyak atf, penapis minyak diesel, Collant dan bearing tensio… Read More
  • 6 RamadhanAlhamdulillah, Aku solat subuh di Masjid Al-Falah, Taman Tun Teja, Rawang.Masjid Al-Falah, Taman Tun Teja012-680 9853https://maps.app.goo.gl/wbtfUVhHK6FL1RwS6Petang ni, aku berbuka di Masjid Sungkai dan bertarawih di Masjid F… Read More
  • 8 RamadhanAlhamdulillah. Hari ini dapat bersahur di Masjid Negeri Pulau Pinang. Aku sahur roti saja. Kenyang jugak.Zohor pun dapat solat jemaah. Alhamdulillah.Petangnya, aku iftar di sini dan bertarawih malamnya....🤲🤲🤲… Read More