Pages xxx

Monday, 5 July 2021

Ahlan wasahlan.

Assalamualaikum.. 

Bismillahirrahmanirrahim. 


Ini blog baru aku selepas aku pencen pd 01.01.2020.....blog ni aku baru buat pg ni.. Selepas subuh td... Template apa pon belum setting lg...  Nti ada ms aku setting la semula. Sesuaikan dgn tema motorhome pencen aku ni.... 


Selamat pencen utk aku.... Yeeaayyyhhhh..... (ayat copy paste) 


Sekali sekala aku blogging .. Terjumpa blogger juga pencen mcm aku... Seronok bc kisah diaorg... Aku je tak tau nk tulis apa...Aku nk berpijak di bumi nyata...  Selagi hayat masih ada...Jadi aku buat  keputusan nk buka satu blog yg berkaiatan dgn motorhome,  sbb duit simpanan aku dan tambah sikit duit gratuiti,  aku beli sebiji motorhome.. Tak ada la lawo sgt.. Mcm lori je... Tapi tetap aku suka model ni sbb partnya senang cari dan badan lori itu sudah menunjukkan kelasakannya. 








Keseronokan aku sekarang meronda dgn motorhome yg dibeli sempena aku pencen... Nk ronda² Malaya kononnya... Tp PKP pulak... Terbantut plan aku...jadi ronda² bandar Kuantan je la dulu...  Training... Hihi


InsyaAllah... Semoga motorhome ni dapat mengisi masa terluang pencen aku dan mengeratkan hubungan silaturrahim dgn kawan² /saudara mara aku.. Dapatlah ziarah mereka selagi aku sihat.. .....amin. 

Motorhome ni sampai di Kuantan pada 5 Jun 2021. Terpaksa guna towing sebab di Selangor PKPD.  Payah rasanya nak minta kebenaran dengan pihak Polis untuk aku pergi mengambilnya sendiri. 











Related Posts:

  • BesutAlhamdulillah.Pagi ni jam 10 bertolak ke Besut, jam 2 tghr sampai di Pantai Penarik. Pandu santai je, 60km/j, memang lah lambat. Sekarang dapatlah berehat sekejap.Selepas itu aku terus ke Pantai Bukit Keluang, Besut. Ramai or… Read More
  • Pantai Sepat semula.Lepak di Pantai Sepat, kakak dan anak saudara datang dari Kuala Terengganu tengahari tadi. Santai petang sambil makan mee goreng dan minum petang.… Read More
  • Bukit Kepayang, Bera, Pahang.Pagi tadi bergerak ke Felda Bukit Kepayang. Singgah solat Jumaat di Masjid Al-A'la di Keratong 9. Sengaja lalu jalan sana. Nak ronda².Selepas itu, aku terus ke Felda Bkt Kepayang. Malas nak turun ambil gambar, jadi tak ada la… Read More
  • Servis Jan 2022Alhamdulillah...Hari ini cukup 147,700km, aku tukar minyak hitam, minyak gearbox, minyak axle dan drum break di bahagian belakang. Biasalah, bila dah cukup nisab dan haul nya, terpaksalah servis. … Read More
  • TerengganuMalam tadi aku bertolak dari Kuantan dan tidur di tepi Pantai Kelulut, Terengganu. Hajatnya meronda ke Terengganu sambil meninjau² rumah kami dalam pembinaan di kawasan perumahan Bukit Kor.Singgah rehat di Kalang Warisan… Read More