Pages xxx

Friday, 10 March 2023

Lubuk Kain (Khamis - Ahad)

Khamis:

Alhamdulillah..Pada petang 9 mac 2023 aku sampai di Lubuk Kain, Kg Shukor di Terengganu.














Malam tu, aku ronda² area sini dgn basikal.











Hujan renyai² pada pukul 2 pagi malam tu, buat tidur aku makin seronok ...

Jumaat:

Pagi ni aku berkayuh ke kampung depan. Kita akan tempuh kampung ni dulu sebelum ke Lubuk Kain. Aku ronda awal, jam 9 lebih aku dah keluar sebab masa aku masuk ke sini semalam, ada warung depan tu yang buka. Tapi hampa, pagi Jumaat dia tutup pulak. Meronda je la aku, habiskan masa sebelum solat Jumaat.





Terserempak dengan pakcik ni di masjid, nama dia Mustapa Bin Hamzah..dia suruh panggil Tapa je...umurnya 80 tahun lebih..nampak sihat..asal usul org Pahang..hijrah sini ikut ayah dulu..datang melalui jalan hutan di kawasan Taman Negara Pahang... Mustapa ni boleh sembang lagi, tak ada nyanyuk, dia paham dengan apa yang aku cakap dan tanyakan.. anak ada 3 orang, isteri dah meninggal.. datang solat Jumaat jalan kaki je...tak pandai kayuh basikal...orangnya sempoi je... Lepas sembang dengan Mustapa, aku masuk masjid yang tak ada orang lagi... aku lah orang yang paling awal selain Mustapa.





Malamnya, aku masak megi..dah berbulan² aku tak pekena megi ni..sedaplah jugak sebab lama tak makan dan sebab lapar...🤣🤣🤣











Sabtu:

Pagi 11 mac, ronda² ke khemah member²...ada yg menggoreng cekodok.. dapatlah merasa cekodok + megi ni.














Tengahari aku makan nasi goreng je dengan ayam goreng. Beli di warung depan tu. Sedap, boleh beli lagi lain kali...😁😁😁


Ahad :

Jam 10 pagi aku dah kemas semua barang dan keluar dari Lubuk Kain. Aku lalu ikut Kuala Jengai, masa aku mari hari khamis, aku lalu ikut jalan hala ke Bandar Al Muktafi Billah Shah (Durian Mas). Saja je..lama dah tak lalu jalan Kuala Jengai tu...kebetulan aku pun nak ke Kuala Dungun. Selepas Kuala Jengai, akan jumpa Kg Rantau Panjang. Selalunya terus sahaja hingga jumpa simpang jalan besar di luar sana. Tapi sesampai di Kg Rantau Panjang, aku ternampak papantanda tertulis "Kg Besul Lama". Setahu aku, Kg Besul Lama ni, kg di Bukit Besi. Jalan tu memang baru, rupanya "bypasss" baru, jalan pintas ke Bukit Besi. Sebelum sampai Kg Besul Lama, aku nampak satu papantanda. Aku pun berhenti ambik gambar.








Rupanya jalan tu melalui hutan simpan Besul. Jalan cantik, baru dan tak sibuk lagi. Jalan ni akan membawa kamu keluar ikut Tasik Puteri Bukit Besi. Seronok lalu jalan ni, tak ada kampung, tak ada apa pun kecuali hutan. Malam memang aku tak lalu laa...

Dari Bukit Besi aku ke Dungun, dah janji dengan sahabat nak makan nasi.










Ok...dari Dungun aku ambil laluan pantai untuk balik ke Kuantan. Sampai di Kijal, aku masuk ke laluan Pantai Teluk Kalong. Cantik sungguh Teluk Kalong sekarang.


























Dah puas ambik gambar, aku pun balik Kuantan...sebelum maghrib dah sampai rumah....Alhamdulillah....🤲🤲🤲🤲🤲🤲

Related Posts:

  • Cameron HighlandAlhamdulillah.. malam ni aku tidur di tempat biasa ... tepi Masjid Kayangan, Brinchang... tempat free dan banyak tempat kosong...Pagi 17hb, aku gerak ke Jerteh melaui Gua Musang, singgah untuk ronda² di Jerteh. Petang aku ger… Read More
  • Pantai Mak Nik, Kemaman, Terengganu.Alhamdulillah, selepas subuh di Masjid Geliga dan pekena nasi lemak di kedai berdekatan, aku ke sini.... merehatkan jazad dan minda sebelum Solat Jumaat.Sementara menunggu masuknya waktu Solat Jumaat... aku menonton ceramah U… Read More
  • Tanjung Gosong, Pekan, Kuantan.Alhamdulillah, hari ini aku ronda² area pantai Tanjung Gosong. Rehat sini sementara tunggu solat Jumaat.Solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan.Selepas Solat Jumaat aku ke Tg Gosong semula...ronda² cari lokasi nak ber… Read More
  • Ke Kedah Darul AmanAlhamdulillah... 14hb Jul, sebelum maghrib aku gerak ke Kedah. Jam 2.30 pagi tiba di RnR Titiwangsa Grik. Tidur situ.. rehat sehingga subuh.Pagi 15hb, aku ke Sg Petani..intai² kereta antik.Tak pasti lagi nak beli atau tak, ak… Read More
  • Genting SempahAlhamdulillah...Malam tadi tidurdi sini...sampai dr Kuantan jam 2 pagi... … Read More