Pages xxx

Friday, 23 December 2022

Ronda² Musim Tengkujuh dan Ziarah Pusara Bonda

Alhamdulillah, hari ini ada kelapangan untuk ronda² musim tengkujuh. Kali ni aku ronda dengan Mercedes buruk aku... hehe...








Sebelum itu aku solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Cukai, Kemaman.





Aku singgah sini sekejap. Pantai Telaga Simpul. Kemudian aku singgah lagi di Pantai Penunjuk, Kijal.













Singgah solat asar di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh.





Janji dengan sahabat di masjid tu, lepas solat pekena roti tempayan di kedai depan masjid. Memang padu kuahnya.








Dekat maghrib, aku beransur² ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Aku singgah solat maghrib dan Isyak jamak takdim di surau Shell di Batu 5. Selepas tu, terus ke pantai untuk pasang khemah.














Malamnya ada sahabat datang singgah. Sahabat masa kerja dulu.








Tidur di sini agak bising sebab berhampiran jalan utama Pantai Dungun. Jam 3 baru lena tidur.

Alhamdulillah, seawal jam 6.45am sudah ada sahabat lama menjengah, Tn Hj Cgu Fauzi mengajak untuk sarapan di warung berhampiran.





Dan sahabat yang datang malam tadi, En Mohsen pun ada sekali bersarapan.





Cuaca pagi ni memang cun, mendung tapi tak menunjukkan akan hujan. Sebelum berkemas, ambil gambar sekali lagi.

















Babai Dungun, nanti aku datang lagi. Memang seronok camping sini..damai je... cuma area tu agak gelap... kalau pihak Majlis Bandaran Dungun dapat usahakan pemasangan spotlight, memang cantik la.....moga².

Oh ya, sebelum balik Kuantan, aku ziarah pusara bonda di Tanah Perkuburan Syed Yahya, di Kg Molek, Dungun.... 








Alhamdulillah. Sempat aku menghadiahkan Surah Yasin di pusara bonda. Selama ini pun, selalu aku hadiahkan Surah Yasin selepas solat fardhu di rumah. Moga BONDA mendapat pengampunan Allah dan digolongkan bersama orang² yang beriman.... amin.

Thursday, 22 December 2022

Nasi Bukit Padang Jawa

Alhamdulillah, pada 9 Dis baru² ni kami sekeluarga ke Shah Alam, nak rasa makanan di restoran yang sudah lama viral.











Menu satu pinggan terlampau banyak. Kami terpaksa asingkan ke bekas lain untuk simpan di masa lain pulak. Memang berbaloi, rasanya pun sedap.





Malamnya kami tidur di hotel bajet dekat Batu Cave.









Pada ahad tu, axle belakang macam ada bunyi sikit, macam bunyi minyak axle dah kering. Aku call Sykt Insuran untuk towing ke Kuantan, sebab aku ada ambil pakej Towing Unlimited. Tapi towing CANGKUK di hantarnya atas alasan towing jenis CARIER tak ada. 





Panas jugak lah hati aku. Aku kensel towing CANGKUK tu, dengan lafaz BISMILLAH aku kayuh slow² ke Kuantan. Alhamdulillah, aku sampai rumah lebih kurang jam 9.30 malam. Kereta pun ok je. Aku tak nak dah ambik pakej towing yang auta tu. Perabih kan duit aku je.....

Friday, 2 December 2022

Jamuan Anjuran Kerajaan Perak (Anwar ke Tambun)

Alhamdulillah, bertolak jam 9.00pm dari Kuantan ke Ipoh malam tadi, sampai di Masjid Muhibbudin Shah (Jalan Hospital) jam 4.00am.





Bersungguh benor aku ke sini, semata² nak bersama² orang Tambun meraikan PM10 dari kawasan parlimen mereka. Jamuan Rakyat diadakan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh, Perak.










Sempatlah aku bersalam dengan PM10...tapi nampak tangan je la.... huhu... sedih.... 








Gambar dengan MB Perak dapat pulak...😁





Petang Jumaat, aku bertolak ke Cameron. Tidur di sana 1 malam.


























Sempat pekena KFC Snack Plate Ori.. set hidangan kegemaran aku dari muda dulu.









Tengahari Sabtu, aku perlahan² balik ke Kuantan melalui jalan Felda Sg Koyan. Singgah sekejap sini, posing sekeping....huhu








Alhamdulillah, jam 7.00pm aku selamat sampai di rumah.....