Pages xxx

Friday, 10 March 2023

Lubuk Kain (Khamis - Ahad)

Khamis:

Alhamdulillah..Pada petang 9 mac 2023 aku sampai di Lubuk Kain, Kg Shukor di Terengganu.














Malam tu, aku ronda² area sini dgn basikal.











Hujan renyai² pada pukul 2 pagi malam tu, buat tidur aku makin seronok ...

Jumaat:

Pagi ni aku berkayuh ke kampung depan. Kita akan tempuh kampung ni dulu sebelum ke Lubuk Kain. Aku ronda awal, jam 9 lebih aku dah keluar sebab masa aku masuk ke sini semalam, ada warung depan tu yang buka. Tapi hampa, pagi Jumaat dia tutup pulak. Meronda je la aku, habiskan masa sebelum solat Jumaat.





Terserempak dengan pakcik ni di masjid, nama dia Mustapa Bin Hamzah..dia suruh panggil Tapa je...umurnya 80 tahun lebih..nampak sihat..asal usul org Pahang..hijrah sini ikut ayah dulu..datang melalui jalan hutan di kawasan Taman Negara Pahang... Mustapa ni boleh sembang lagi, tak ada nyanyuk, dia paham dengan apa yang aku cakap dan tanyakan.. anak ada 3 orang, isteri dah meninggal.. datang solat Jumaat jalan kaki je...tak pandai kayuh basikal...orangnya sempoi je... Lepas sembang dengan Mustapa, aku masuk masjid yang tak ada orang lagi... aku lah orang yang paling awal selain Mustapa.





Malamnya, aku masak megi..dah berbulan² aku tak pekena megi ni..sedaplah jugak sebab lama tak makan dan sebab lapar...🤣🤣🤣











Sabtu:

Pagi 11 mac, ronda² ke khemah member²...ada yg menggoreng cekodok.. dapatlah merasa cekodok + megi ni.














Tengahari aku makan nasi goreng je dengan ayam goreng. Beli di warung depan tu. Sedap, boleh beli lagi lain kali...😁😁😁


Ahad :

Jam 10 pagi aku dah kemas semua barang dan keluar dari Lubuk Kain. Aku lalu ikut Kuala Jengai, masa aku mari hari khamis, aku lalu ikut jalan hala ke Bandar Al Muktafi Billah Shah (Durian Mas). Saja je..lama dah tak lalu jalan Kuala Jengai tu...kebetulan aku pun nak ke Kuala Dungun. Selepas Kuala Jengai, akan jumpa Kg Rantau Panjang. Selalunya terus sahaja hingga jumpa simpang jalan besar di luar sana. Tapi sesampai di Kg Rantau Panjang, aku ternampak papantanda tertulis "Kg Besul Lama". Setahu aku, Kg Besul Lama ni, kg di Bukit Besi. Jalan tu memang baru, rupanya "bypasss" baru, jalan pintas ke Bukit Besi. Sebelum sampai Kg Besul Lama, aku nampak satu papantanda. Aku pun berhenti ambik gambar.








Rupanya jalan tu melalui hutan simpan Besul. Jalan cantik, baru dan tak sibuk lagi. Jalan ni akan membawa kamu keluar ikut Tasik Puteri Bukit Besi. Seronok lalu jalan ni, tak ada kampung, tak ada apa pun kecuali hutan. Malam memang aku tak lalu laa...

Dari Bukit Besi aku ke Dungun, dah janji dengan sahabat nak makan nasi.










Ok...dari Dungun aku ambil laluan pantai untuk balik ke Kuantan. Sampai di Kijal, aku masuk ke laluan Pantai Teluk Kalong. Cantik sungguh Teluk Kalong sekarang.


























Dah puas ambik gambar, aku pun balik Kuantan...sebelum maghrib dah sampai rumah....Alhamdulillah....🤲🤲🤲🤲🤲🤲

Friday, 3 March 2023

Dungun

Alhamdulillah, 2hb mac aku ke Dungun. Hajatnya nak bawa sahabat aku ronda² di Dungun. Kakinya bermasalah. 










Hari ini 3hb, aku bawa dia ronda di Pantai Teluk Lipat sambil sarapan pagi. Kami bersarapan di tepi pantai dalam motorhome je. Nampaklah riak diwajahnya seronok dengan kehadiran aku, maklumlah kami lama dah tak jumpa.






Sebelum aku ke rumahnya, aku ke makam bonda di Tanah Perkuburan Syed Yahya Kampung Molek, Dungun.










Petang khamis 2hb, aku parkir di Masjid An-Naim, tepi pantai Teluk Lipat.










Malamnya ada bacaan Yassin dan pulut kuning untuk jemaah malam Jumaat.









Alhamdulillah, rezeki dan berkat malam Jumaat. Kerana kekenyangan dan keberkatan pulut kuning, aku pun terlena sebelah masjid je malam tu. Tak jadi nak lepak tepi pantai...😁😁😁








Sunday, 19 February 2023

Pantai Mak Nik, Kemaman

Alhamdulillah, pagi ni aku n mem bersarapan di Kemaman. Kuala Kemaman, Kg Geliga.

















Aku pekena roticanai kuah kambing, mem biasa la...nasi lemak.









Lepas sarapan, kami ke Pantai Mak Nik. Rehatkan minda di situ.








Friday, 17 February 2023

Solat Jumaat di Masjid Negeri, Kuantan

Alhamdulillah. 

Pagi ni hujan sekitar Kuantan, ada kesempatan ronda² dan akhirnya aku parkir depan Masjid Negeri di Bandar Kuantan untuk Solat Jumaat...



Thursday, 16 February 2023

Pantai Lagenda dan Pantai Sepat

Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan dan masa yang Allah bagi. Boleh la ronda². Aku ke Pantai Lagenda dulu. Makin cantik tempat ni. Dah banyak gerai².

















Lepas itu aku ke Pantai Sepat. Lepak sampai petang.....

















Sambil menonton tv.





Babai.....😍😍😍😍

Monday, 13 February 2023

Singgah di Paka

Alhamdulillah, petang kelmarin singgah di Pantai Paka. Ramai gak orang bersantai dengan keluarga masing².











Lepas itu aku singgah solat Maghrib di Masjid Kemasik....

Sunday, 12 February 2023

Meronda di Drawbridge Kuala Terengganu

Alhamdulillah... sambil² balik kampung lihat rumah di Bukit Kor, dapat juga meronda² ke Drawbridge pada petang kelmarin.








Lepas tu gi minum dan pekena pulut gaul nyior di restoran tepi kuala sungai Terengganu.

















Lepas minum, kami ronda² semula. Kami bermalam di rumah baru kami di Bukit Kor.